08 January 2012

mengapa takut??

salam dan hello readers.. walaupun post2 sepanjang zaman semakin hambar dari segi sambutan dan hit, wa tak kesah.. sebab akhirnye wa pon takmau nak delete blog wa yang serba mesra ini kerana wa tak kering idea untuk berkongsi dengan kawan2 readers sekalian.. moga ilmu dari pengalaman dan pembelajaran wa dapatlah membantu sedikit sebanyak dalam kehidupan korang2 awek cun yang disayangi dan shabbab yang dikasihi~

semalam wa mati akal dengan dok terperap kat rumah, so emak wa pon ajak wa keluar jalan2.. lapangkan mata dan fikiran kat kota melaka yang indah ini.. tetibe je datang ilham yang mengajak kami sekeluarga pergi melawat showhouse kat taman paya rumput perdana.. ya, kawasan tu rumah2 banglo sahaje ye.. sangat elit.. membuatkan wa dan mak wa berangan2 jap menanam impian.. kot satu masa nanti ade rezeki leh la beli rumah kat situ.. apetah lagi wa yang baru dapat perkabaran kerja sebagai engineer ni semakin lah semangat nak membeli rumah, for future planning lah orang kate.. hehehe. wa straight, tak kawen gay.. so kene lah sediakan rumah untuk isteri terchenta nanti.. kalau boleh wa nak sediakan cukup2 dulu baru pergi menyunting.. wa taknak isteri wa rase sedikit susah pon, sebab die dah akan susah mengandungkan anak, menjaga anak, menjaga rumah dan sebagainye.. so wa tamau laa idup nomad ngan isteri, sewa sini sana kene pindah2.. biar semua da sedia, kereta, savings, rumah.. baru laa wa bawak masuk bidadari wa kat syurga nanti.. cheewaahahhahai


kat showhouse tu pasti lah ramai orang kann.. so wa stendet la observe bende2.. hehe.. wa observe perilaku manusia kat situ.. bukan ape, pernah dulu ade seorang awek ni wat random statement kat facebook yang sangat membenci aksi muda mudi skang yang die nampak pegang2 tangan peluk2 kat khalayak ramai.. dengan segala rase kejinye kat awek dan balak tu.. wa dok nasihat kat budak tu, ntah camne ntah gi gatai sangat tangan dok nasihat budak degil, (walaupun sebelum ni pernah kawan ngan budak degil.. ehehe jangan marah), wa soh lah die jangan buruk sangka, mebi couple yang die nampak tu husband and wife, dah tu die tamau dengar nasihat, die dok caci wa plak dengan mengatakan silap2 wa pon same wat bende same sebab tu takde rase sensitif.. eheh, rasenye memang wa ade buat bende same, time jahiliah dulu laa.. tapi nak wat camne kan, manusia buat salah silap.. dan akhirnya budak tu pon agak membenci wa dengan naishat2 bajet alim wa ni.. ehek, tapelah.. sebab wa percaya, kalau kite membenci orang yang buat dosa, kite akan buat dosa tu.. itu ade hadis menyebut.. sebaliknya kite patut benci dosa tu.. bukan pelakunye.. oke.. habes dengan kelakuan aneh awek tu, tanye nasihat orang, tapi kutuk plak.. adehhh.. so aku terpandang kat beberapa pasangan kat situ, lalu tercetusnya satu revolusi minda..

yepp.. mungkin couple2 kat situ semuanya pasangan muda suami isteri yang berjinak2 nak cari rumah pertama.. tapi tak menolak sangkaan gak, mungkin couple yang ade kat situ just tunang atau budak2 baru nak up bajet jalan2 ngan awek kat rumah contoh sebagai port dating masa kini.. ehek.. semestinye rumah contoh banyak ruangan gelap.. if you know what i mean.. sebab wa merayau2 dalam rumah2 tu, gile ade katil dan sebagainye sampai tibe je kat satu showhouse ni ade couple berdua SAHAJA kat tingkat atas dalam master bedroom.. bile wa ngan famili wa sampai dorang cam berpecah, yang lelaki keluar, sebab wa masuk master bedroom tu untuk usha interior design die, yang perempuan dengan handphone.. cam spoil the moment bukan.. hehehe okeh2.. husnuzon, bersangka baik.. dorang tu SUAMI ISTERI baru kawen. eheks..

bukan nak kate apelah, sebabkan wa pernah lalui zaman jahiliah.. dan wa ade instinct bile nengok couples berpegang tangan.. bleh kenal pasangan yang dah kahwin or belum... mungkin itulah benarnya kuasa Allah yang menjaga kehormatan mereka yang berkahwin, menurut ayat dalam al quran.. pernah tak korang tengok2 pasangan yang jalan2 kat shopping complex dan korang dapat bezakan, yang ni dah kawen, yang tu belum?? aku pasti korang pernah ade intuisi macam wa ni kan..

uih gelojohabat!

okeh habis bab itu.. then timbul persoalan baru, bile kite tengok pasangan2 ini berpegangan tangan berpelukkan.. kite sebagai typical malaysian akan merasakan perbuatan itu tidak sopan walaupun ye walaupun pasangan itu sudah halal bagi mereka masing2.. ini mungkin kerana kat malaysia tercinta ni, lebih banyak pasangan yang haram bagi mereka masing2 itu yang lebih rancak berpegangan daripada pasangan suami isteri sebenar.. kan?? kan?? kan??

sebab kite jarang di pascatontonkan aksi suami isteri berjalan berpegangan tangan berbanding aksi pratonton couples yang buat bende same.. so mungkin timbul perasaan pelik asing bile ade suami isteri yang melakukan aksi dok kat bangku rehat lalu berpeluk2kan.. mungkin kalau ade pencegah maksiat pun, akan termalu2 anjing sebab salah sound couples yang sedang lepak2 cenggitu.. lalu mengsound jugak untuk cover malu dengan menyatakan, tak baik dok berdua2 camni walaupun dah kawin, nak wat gi sorok kat umah, anak2 kecik nampak.. tengok kan skeptikal rakyat malaysian.. bentangkan hadith mana yang melarang suami isteri dok peluk2 and pegang tangan sambil duduk2 santai kat khalayak?? semua ini berlaku sebab rakyat malaysian ini jarang buat benda yang halal lagi baik berbanding yang haram lagi keji itu..

pandangan wa ini disokong dengan pengalaman wa kat universiti, mase tengok ramai graduate assistance (GA) berbangsa arab, pakistan yang sudah berumah tangga dengan selamba jalan kat tasik UTP terchenta tu sambil pegang tangan, dok santai amik angin petang sambil cium ubun2 isteri.. scene sebegini sangat aneh bagi malaysian sebab malaysian agak tidak kesah kalau couple yang belum kawen bercumbu sembunyi2 menyebabkan kalau yang halal bercumbu terang2 menjadi satu masalah atau penyakit sosial.. ehh?? pelik

memetik dari blog lain yang memang sama sependapat dengan wa:

Para suami hendaklah sering mencium isterinya. Budaya ini nampak seperti agak asing bagi sesetengah masyarakat di nusantara. Namun, Nabi s.a.w sering mengucup isteri dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah s.a.w pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Aishah r.a berkata: "Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, hadis no: 153.

Justeru, apa lagi yang menghalang kita untuk mencium isteri kita setidak-tidaknya sebelum pergi atau pulang dari tempat kerja atau dalam apa jua kesempatan yang ada? Adakalanya si suami langsung tidak memandang wajah isterinya yang mengiringinya ke pintu rumah ketika suaminya hendak keluar ke tempat kerja. Ciumlah isteri kamu wahai para suami! Ikutlah sunnah Nabi s.a.w.

Walaupun perkara-perkara ini nampak kecil, namun ia amat membahagiakan Aisyah sehingga dia sentiasa terkenangkan sikap-sikap romantis baginda s.a.w ini.

kann.. aksi cium mencium.. pegang memegang adalah sangat dituntut.. cuma jarang dipraktik oleh pasangan malaysian.. mebi rasa malu.. ehhh.. time couple buat tak malu.. surely malu.. ya.. wa rasa malu sendiri semasa zaman jahiliyah wa.. tapi semestinye wa jenis hardcore kisser.. wa suke cium mencium sebagai tanda sayang.. tak caye.. try tanye adik wa, cousin wa (yang kecik2 laa.. yang besar2 kang ade pelempang makan die)..

suka wa membaca post blog ini yang wa nak sharekan kepada korang:

Hidup tanpa gurau senda dan tawa riang pasti akan membosankan. Ternyata Rasulullah s.a.w juga sering bergurau-senda dengan para isterinya. Sebagai contoh, Aisyah r.a telah berkata: "Rasulullah berlumba lari denganku, maka aku menang ketika itu kerana aku belum gemuk. Kemudian, setelah gemuk aku berlumba lari dengannya, maka baginda memenanginya. Lalu baginda bersabda: Kemenangan ini sebagai penebus kekalahan yang lalu.” - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, hadis no: 2214.


Rasulullah s.a.w juga merupakan seorang insan yang begitu romantis terhadap isteri-isterinya hinggakan baginda selalu mandi bersama dengan isterinya. Aisyah r.a berkata: "Aku biasa mandi berdua-duaan bersama Rasulullah s.a.w menggunakan satu bekas air." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, hadis no: 250.

Baginda sering memanggil isterinya dengan panggilan yang indah serta disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah r.a dengan gelaran Humaira’ yang bermaksud putih kemerah-merahan bertujuan memuji kecantikannya. Aisyah r.a juga pernah menggambarkan betapa romantis baginda s.a.w sebagaimana riwayat berikut: "Suatu ketika aku telah minum. Ketika itu aku sedang haid lantas aku memberikan gelasku kepada Rasulullah dan baginda meminumnya dari kesan mulutku di gelas itu. Dalam kesempatan lain aku memakan sepotong daging, lantas aku memberikan baginda potongan daging itu dan baginda memakannya tepat di tempat aku memakannya." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 300.

yepp... wa memang setuju dengan kenyataan hadis bila memanggil pasangan dengan perkataan yang disukai.. namun nampak janggal bila dengan pasangan SUAMI ISTERI malaysia terutamanya melayu.. ramai yang lebih enak menggunakan saya, awak, I, U, B dan sebagainya.. sementara aku suka dengan panggilan abang, baby, sayang, anje.. keh3. (okeh pengaruh semanis kurma and bini biniku gengster) but semua ini tak nampak asing bagi pasangan yang baru bercinta ataupun bertunang.. yess.. ketika itu couples lebih selesa menggunakan panggilan manja itu berbanding lepas kawen.. why ek??

dikongsikan lagi dengan pengisian blog ni:

Sabda Nabi SAW: "Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang." (Al-Mukjam Al-Awsat : 7448)

Diceritakan bahawa semasa Imam Hasan Al-Banna sering menyampaikan kuliah agama. Dalam kuliah beliau itu, terdapat seorang Pak Cik tua yang sering mengemukakan soalan-soalan dengan niat untuk merendahkannya. Soalan yang dikemukakan itu, bukan dengan tujuan untuk mendapat ilmu, tetapi bagi menjatuhkan kredibiliti Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang tokoh gerakan Islam di Mesir.

Melihat tindakan Pak Cik tersebut, Imam Hasan Al-Banna berfikir tentang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa itu. Akhirnya, Imam Hasan Al-Banna terfikir kepada hadis nabi yang menyebut tentang hadiah, menyebabkan Imam Hasan Al-Banna telah membelikan satu hadiah dan diberikan kepada Pak Cik tersebut.

Ekoran dari kejadian tersebut, menyebabkan Pak Cik itu sudah mula merasa malu dengan Imam Hasan Al-Banna, dan selepas dari kejadian itu, Pak Cik tersebut tidak lagi mengemukakan soalan-soalan "pekena" seperti yang selalu dilakukan sebelum ini.

Dari kisah ini, jelas kepada kita bahawa hadiah merupakan faktor penting dalam menaikkan semangat sayang menyayangi antara manusia. Lebih-lebih lagi, dalam usaha hendak melahirkan kasih sayang antara suami dan isteri.

Nabi S.A.W merupakan sebaik-baik contoh yang perlu dijadikan tauladan dalam pengurusan rumah tangga ini. Hal ini kerana, didapati baginda S.A.W juga sering memberikan hadiah kepada isterinya. Semuanya ini adalah bertujuan, untuk melahirkan perasaan kasih sayang antara suami dan isteri.

Kemurahan hati Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam memberikan hadiah untuk isterinya terbukti seperti yang digambarkan dalam hadis daripada Ummu Kalsum yang bercerita,

"Ketika Rasulullah baru berkahwin dengan Ummu Salamah, baginda berkata kepadanya, "Sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahawa An-Najasyi sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dipulangkan balik kepadaku. Sekiranya hadiah itu dipulangkan kepadaku, maka hadiah itu adalah milik kamu." Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti bersabda Rasulullah S.A.W; "Jika hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua isteri-isteri baginda, dan baginda memberikan Ummu Salamah minyak wangi yang berbaki dan pakaian bernilai itu." (Musnad Ahmad : 26016)

Pemberian hadiah itu, tidak semestinya dari suami kepada isteri, bahkan tidak ada salahnya jika isteri yang memberikan hadiah kepada suami dalam mengeratkan hubungan kasih sayang dalam berumah tangga.

cukuplah disimpulkan kat sini, memberi hadiah adalah satu tanda pengikat kasih.. semestinya itu ade dalam sanubari wa.. hahaha.. jack diri sniri nampak.. tapi betol lah... wa sangat suke memberi hadiah walaupun ianya mengarut.. hatta tulisan atas kertas kotor pon wa rasakan itu adalah hadiah yang suweeeeett.. ehek2.. tapi sebaliknya bila mana ia sangat seronok diperlakukan waktu bercinta berbanding waktu dah sah jadi suami isteri kan.. selalu camtu.. why ek?? muak ke? jemu ke?? oke then, lastly hadith yang wa nak kongsikan ini adalah terakhir bagi wa, kalau malaysian bace post wa ni, akan merubah perspektif.. supaya jangan skeptikal sangat bile nampak couples yang sah suami isteri ngah lepak2 sambil hugging2.. dan buat yang tak kawen lagi, avoid these kind of actions, tunggu2 lah sampai sah dan nikmati the ride..yeah bebeh!

Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.

(Hadith Shahih) *tak dapat dipastikan riwayatnya*

*******************************************

so sekian sahaja post hari ini.. yess.. panjang lebau! sekali lagi.. ehek2. sebenarnya wa sedikit risau dengan panggilan kerja dari petronas.. dengarnya wa akan berkhidmat di Peninsular Malaysia Operation - Petronas Carigali Sdn Bhd (PMO-PCSB).. tapi disebabkan kegugupan wa, lupe lak nak tanye detail2 dalam phone call ritu.. so skang risau2 pulak sebab emel ngan offer letter tak sampai lagi.. sebab takut2 kene 'game' ngan petronas.. hehe.. maklumlaa petronas ni besar, so some particular management cam serabut sket.. pe pon bersangka baiklah.. dah orang offer kite keje.. ye dok.. syukur~ for the time being, bleh lah merancang perjalanan hidup.. eheks.. till next time..

wassalam alaykum~

ps: sorry ade aku wa aku wa.. pening plak tercampur2.. sebab wa rase guna gantidiri wa tu cam cooll. ehehe.. oke babai!

1 comments:

ishiko said...

tulah..
kadang kadang bleh rasa kapel tu dh kawin atau belum..
tgk gaya la jugak kan