23 October 2011

hujung nyawa

satu perkataan.. alhamdulillah


cukup untuk gambarkan camne perasaan bile kerete terbabas semalam.. menjahanamkan empat tayar honda, bumper depan, side mirror dan segala macam yang damaged bahagian bawah kereta..

semua gara2 mengelak seekor kucing atau anjing yang tiba2 masuk ke jalan.. kerana dek mengelak dan brek mengejut, kereta honda city yang aku pandu sempat lah buat drift due tige kali.. mujurlah the last drift, aku paut kereta ke kiri, kalau ke kanan, naik divider then masuk ke jalan yang bertentang arah.. alamatnye takde dah lah owner blog ni..

ni menjumlah kan 3 kali kemalangan yang aku dah tempuh.. satu langgar motor acci amek anak balek skolah, dua aku sliding motor hampir2 disauk toyota hilux, dan tiga ini yang paling breath taking.. sempat hanya menyebut Allah, dan selebihnya menjerit.. mama dah pasrah mase kereta terjunam ke tebing jalan merempuh pokok2 hiasan.. Allah maha kaya, berdekatan pokok2 tu ade tiang lampu and pokok besar, andai terhempas kereta kat dua objek ni semalam, sekali lagi, tak update la blog ni..

sesungguhnya, aku berjanji, ape2 lagi yang melintas depan kereta aku lagi, alamat maut lah ia.. termasuk lah manusia sekali pun.. memang aku takkan mengelak.. lagi bahaya elak dari langgar.. sesudah trauma kejap, memang segala dosa terkenang.. hidup seakan singkat.. seakan petunjuk yang life ni takde ape pun.. once Dia nak amik, Dia amek~ so peringatan aku kepada kamu readers, solat ada 5 waktu, bertaubatlah tiap solat itu..

alhamdulillah, semua selamat.. kini aku jadi lebih kuat.. lebih faham erti sebuah hidup.. takut kau mati?? ya! mase tu aku rase takut sangat.. takut tak sempat diampunkan, dan memaafkan..

hari ini, sempat jua kiranya aku pergi memenuhi jemputan walimah abang saudaraku, mazby zubir, yang dulu aku ceritakan, bertuahnya bile cinta dari zaman sekolah end up kat jinjang pelamin.. lama.. dan berkualiti.. doa jelah, andai aku kau kamu dikurnia peluang nak merasaai cinta dunia.. aku hanya senyum~ sempat juga menemankan mama menukar duit indonesia, minggu depan nak ke sana.. moga selamat pergi dan selamat kembali.. aku tunggu~









.

life.. cukup singkat hanya empat huruf, bawak seribu makna~

2 comments:

Anonymous said...

syukur alhamdulillah

Anonymous said...

poyo ah lu mat. bajet dramatik lettew.